Mutiara Kata

Daku adalah insan yang doif,.lemah dan tak punyai apa-apa..Bukan lah Ulama,sufi,ustaz atau pendakwah.Inilah duniaku sebagai sebagai seorang manusia biasa yang banyak berdosa padanya.Tujuan yang satu....mencari perjalanan yang sebenar-benar perjalanan kehidupan..

Daku terus mencari...
Terumbang-ambing dalam kebimbangan

Yang hilang biarlah menjadi kenangan
Biarkanlah... lepaskanlah...

Telah ku pilih jalan ini
Meski ku sendiri
Renungi erti sepi




~My life is a learning process~

Antara Perasaan Suka & Cinta


Di hadapa orang yang kita cinta,kita akan berdegup kencang.

Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.

Tapi di depan orang yang kita suka, musim itu Cuma berangain sahaja.

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku..

Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

Didepan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk kata-kata..

Tapi di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja.

Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu..

Tapi di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar..

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta..

Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka..

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis..

Tapi bila orang yang kita suka menangis, kita kan turut membuat dia gembira..


Perasaan cinta bermula dari mata,

Perasaan suka bermula dari telinga..

Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka, umpama kita membuang telinga kita..

Tapi jika kita menutup mata, cinta berbuah menjadi airmata.

Setiap orang yang akan mengalami ini dalam hidup mereka, cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta.

Tetapi hakikatnya Cinta kepada Allah s.w.t adalah lebih hakiki dan abadi.

CINTA ibarat sebuah rumah tak perlu cantik,tak perlu mewah yang penting kita bahagia di dalamnya..

Cintakan bunga, bunga akan layu.

Cintakan manusia, manusia akan mati.

Cintakan Allah , akan kekal selamanya.

Hmm..adakah itu cinta atau suka?perasaan yang tidak pernah ku rasa bila bersama orang lain selainnya…walaupun kami hanya seketika, banyak yang kepelajari dalam hubungan sementara itu. Walaupun hari- hari menatap wajahnya, tapi perasaan cinta itu tetap ada.tidak pernah sekelumit pun hilang dari hati ini. tapi,ketentuan semua hanya ditentukan olehNYA. Kita hanya merancang tapi TUHAN juga yang menentukan perjalanan hidup kita. Dan sesungguhnya kita masih berbalik kepada kata-kata yang baik itu dari ALLAH dan yang buruk itu dari kita sendiri…

Al-FATIHAH buat Ibuku.

Hari ini tanggal 27.10.2010 telah genap 4 tahun ibuku telah kembali Menghadap Illahi.
selama 4 tahun aku hidup tanpa ibu,terasa begitu kehilangan seorang insan yang telah mengajar aku erti kehidupan, yang telah mengajar aku membaca ABC, dan alif ba ta sewaktu aku masih kecil, tanpa ibu,aku mungkin tidak dapat menulis di sini..segala pahit manis telah ku lalui bersama ibu, setiap hari aku begitu terasa kesunyian..seringkali aku terbayang-bayang senyuman ibuku,di wajahnya kulihat penuh dengan ketabahan dan kesabaran, masih terngiang-ngiang di fikiran saat ibu memanggil namaku...

Mengimbau memori 1 syawal 25.10.2006 , merupakan hari lebaran yang paling menyedihkan. Kami sekeluarga menyambuat hari raya di hospital bersama ibuku yang tercinta, ketika itu ibu sedang bertarung dengan penyakit yang dihadapi, ibuku menderita kanser payudara.Disebabkan kanser itu, ibu telah menghadapi kegagalan buah pinggang, ibu menatap wajah kami adik -beradik dengan penuh kasih sayang, seolah-olah ibu tahu yang ibu akan pergi buat selamanya. Aku tidak sanggup melihat penderitaan yang ibu alami, kesakitan yang dihadapinya cukup membuatkan aku menitis airmata.

Pada 3 syawal 27.10.2006, lebih kurang pukul 2.30 pagi ,bapa saudaraku telah menyampaikan berita yang agak mengejutkan aku.Ibu telah pergi buat selama-lamanya, di sisi adik ibuku.Ibu pergi dengan penuh tenang ketika sedang berbual dengan adik ibu. Lemah longlai ketika aku melihat ibu terbujur kaku di hadapanku..saat itu betapa sedihnya aku kehilangan insan yang paling aku sayang yang satu-satunya didunia yang tidak dapat ku cari ganti.Hanya Allah yang Maha Mengetahui betapa pilunya hati ini. Ibarat tempang sebelah kaki untuk aku teruskan kehidupan tanpa ibu.

Aku redha dengan pemergian ibuku tersayang, segala yang berlaku telah di takdirkan oleh yang Maha Esa. Sebagai seorang muslim, kita hendaklah sentiasa mendoakan kedua-dua orang tua kita. Itulah tanggungjawab kita sebagai seorang anak terhadap ibubapa. Terima kasih buat ibuku,kerana telah melahirkan dan mengajar anakmu ini erti kehidupan dan mengajar anakmu menjadi insan yang berguna,segala nasihat dan teguran tidak akan disia-siakan, tidak sempat aku membalas jasa ibuku..hanya doa dan fatihah dapatku sedekahkan setiap kali sembahyang agar ibu tenang di sempadan akhirat sana.Ibu,anakmu selalu berdoa agar kita akan bertemu di syurga yang telah dijanjikan Allah s.w.t..Hanya kasihmu ibu membawa kesyurga..Tanpa redhamu ibu,tidak dapatku menjejak kaki ke syurga. Anakmu akan cuba menjadi insan bertakwa yang sebenar-benar takwa dan takut kepada Allah s.w.t .InsyaAllah..
Ibu, anakmu sentiasa merindui mu........Al-Fatihah buat ibuku.....


Hari ini saya tidak sihat.

Sangat tidak sihat.

Semalam dah mula rasa.

Hari ini betul-betul tak sihat.

Can't fight it anymore.

Just want to lay down and sleep.

Weak...

Hidup Tidak Boleh Reverse


Hidup ini takkan kembali kepada sebelumnya. Apa yang telah berlaku takkan dapat terpadam daripada sejarah kehidupan kita. Kita hanya dapat belajar daripadanya, tanpa dapat mengubah catatan sejarah tersebut. Jika kita pernah terlanjur melakukan kesalahan, kita tak dapat nak reverse kembali dan memadamkan kesalahan tersebut. Kita boleh cakap “lupakanlah apa yang telah berlaku”, namun kita takkan pernah lupa. Kita hanya belajar untuk tidak mengulanginya. Itulah hebatnya kehidupan yang Allah ciptakan. Allah memberikan peluang membuat keputusan, kemudian memberikan peluang mengambil pelajaran. Bahkan dengan taubat, Allah akan memadamkan semuanya daripada tulisan. Namun kita sentiasa lupa. Jadi, apakah kita mahu terus melakukan kesalahan dan kelak menyesal? Atau berfikir sebelum melakukan sesuatu yang takkan dapat terpadam daripada sejarah hidup? Maha suci Tuhan yang masih memberikan Rahmat dan Nikmat dalam hidup yang penuh dosa dan noda.

Kita pernah lahir sebagai seorang bayi yang suci bersih, saat kita tak mengenal dunia dalam sedar. Kita hanya tersenyum dan ketawa melihat gelagat orang lain. Dan kini, kita sendiri sudah melupakan senyuman itu. Kita sendiri tidak dapat mengingat wajah-wajah yang telah membuatkan kita senyum tatkala kita masih bayi, tidak mengerti. Kemudian kita membesar menjadi kanak-kanak riang yang sentiasa mendapat kasih sayang, atau sentiasa aktif menjalani kehidupan. Melihat orang dewasa membuatkan kita cemburu dan sentiasa berharap agar segera dapat menjadi dewasa.

“Bestnya orang besar boleh naik motor, kereta…”
“Bestnya, orang besar boleh pakai telefon mahal-mahal”
“Bestnya, orang besar boleh masuk universiti”

Lalu kita meneruskan kehidupan, sehingga remaja. Tatkala itu kita semakin ligat mencuba pelbagai perkara baru dalam kehidupan. Kita ingin diri dihargai dan diri sentiasa dikenang orang. Namun, kita sering memberontak jika ada nasihat-nasihat daripada orang yang lebih tua. Kita lantas berazam untuk cepat menjadi dewasa agar kita dapat membuat keputusan sendiri dan terus hidup sepertimana yang kita kehendaki.

“Ah, penyibuk saja orang tua ni, biarlah aku nak buat apa pun.”

Masa terus berlalu dan kita menjadi dewasa. Begitulah seterusnya kehidupan, hinggalah akhirnya kita sampai ke usia yang paling tua. Atau mungkin mati sebelum menjangkau umur tersebut. Tatkala itu, kita kembali merenung hidup. Meneliti masa kanak-kanak, remaja, kemudiannya dewasa yang telah lalu, takkan kembali. Segala kesalahan tinggal penyesalan dan segala kejayaan tinggal kenangan. Kita ingin kembali ke umur sebelumnya untuk menikmati hidup dengan cara yang lebih baik. Tatkala itu, barulah kita tersedar;

HIDUP TIDAK BOLEH REVERSE!!!!



Tatkala Kita Mengukir Senyum

Salam sejahtera kepada semua pembaca dan saudara yang ku cintai. Sesungguhnya kita tidak bertemu dan berpisah melainkan dengan izin Allah yang menciptakan dan menentukan pertemuan dan perpisahan. Sesungguhnya hidup kita di dunia ini sementara kerana mati itu pasti dan hidup itu pasti berakhir di dunia ini. Ke mana kita sesudah itu? Ke alam yang abadi yang penuh dengan balasan, syurga atau neraka, nikmat atau azab.

Kita hidup dengan penuh kenikmatan yang tidak terhitung sebagaimana digambarkan oleh Allah bahawa kita takkan mampu menghitung nikmat-nikmat-Nya. Maka, nikmat tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? Tidakkah kita sedar dan insaf bahawasanya Allah menciptakan kita bersebab dan ada tujuan? Sesungguhnya Allah menjadikan segalanya di atas muka bumi ini sebagai perhiasan untuk menguji siapa yang terbaik amalnya.

Aku menulis ini untuk peringatan diriku dan dirimu wahai teman dan saudaraku.

Tatkala kita mengukir senyum kerana mendapat apa yang kita mahukan, ada saudara-saudara kita yang merangka jalan-jalan perjuangan demi mendapatkan tanah mereka yang dirampas. Bahkan tanah milik Umat Islam sejagat di Masjid Al-Aqsa. Tatkala kita mengukir senyum kerana dapat berborak-borak dengan si dia yang kita cintai, mereka merintih di malam hari memohon kekuatan untuk berjuang mempertahankan kesucian Tanah Umat Islam.

Tatkala kita mengukir senyum melihat anak-anak kecil berlari-lari dan bermain-main penuh riang, ada anak-anak kecil yang mengorbankan masa riang mereka dan menjadi senjata yang melemahkan musuh Islam di sana. Bukan sekadar batu bahkan darah mereka menjadi taruhan. Tatkala kita mengukir senyum kerana merasa menang, ada saudara kita yang betul-betul berjuang demi kemenangan yang belum tercapai, demi kemenangan yang telah dijanjikan.

Tatkala kita takut anak-anak kita dipaparkan tentang kematian, anak-anak mereka saban hari berhadapan dengan kematian tanpa sebarang rungutan.

Tatkala kita mengukir senyum melihat alam yang penuh indah di negara kita, mereka menitiskan airmata melihat rumah-rumah mereka dirobohkan dan anak-anak mereka dibunuh. Tatkala kita mengukir senyum kerana dapat mencontohi gaya dan cara hidup barat, mereka kecewa dengan Umat Islam yang sudah larut dalam acuan kehancuran yang menjadi propaganda barat.

Di manakah mereka tatkala kita mengukir senyum? Apakah yang sedang mereka lakukan tatkala kita mengukir senyum? Pernahkah kita terfikir dan turut serta dalam perjuangan mereka tatkala kita mengukir senyum?

Senyumlah kerana senyum itu sedekah. Senyumlah kerana merasa yakin bahawa Allah pasti membantu orang-orang yang berjuang di jalan-Nya dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh.

Tatkala kita mengukir senyum…Ukirkan keinsafan jauh di lubuk hati kita.

Tatkala kita mengukir senyum…mereka juga mengukir senyum kerana mereka tahu Allah menjanjikan Syurga bagi jiwa yang syahid.

JADILAH ANAK YG TERBAIK

"Kasih Seorang Ibu"



Nurse, boleh saya tengok bayi saya? ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat.

Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.

Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup menggembirakan si ibu.

Masa terus berlalu.....

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. "Mereka kata saya cacat," katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk dan memujuk. Ayah
kanak-kanak itu bertemu doktor.

"Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma", kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu....

"Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan", kata si ayah.

Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa
rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

'Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya", kata si anak berkali-kali. "Tak mungkin," balas si ayah.

"Perjanjian antara ayah dengan penderma itu
masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba."

"Bila?" tanya si anak.

"Akan tiba masanya anakku", balas si ayah sambil ibunya
mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

"Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya", si ayah berbisik ke telinga anaknya.

"Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya??? tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."

P/s : Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui.

Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah ....

"SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU",...

penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada, curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya..

"Saya Sayang Ibu"



Kini aku hidup tanpa ibu......

3 syawal..24 oktober 2006, tepat jam 2.30 pagi... Ibuku telah di jemput ke Rahmatullah.....


Semoga roh ibuku dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman...Al-fatihah....AMIN..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Manusia Perlukan Pedoman

Sesungguhnya orang berilmu mengajak manusia kepada Allah dengan ilmunya dan akhlaknya, sedang orang kaya itu mengajak manusia ke neraka dengan harta dan sikapnya.

||JOM CHALLENGE SAYA||