Mutiara Kata

Daku adalah insan yang doif,.lemah dan tak punyai apa-apa..Bukan lah Ulama,sufi,ustaz atau pendakwah.Inilah duniaku sebagai sebagai seorang manusia biasa yang banyak berdosa padanya.Tujuan yang satu....mencari perjalanan yang sebenar-benar perjalanan kehidupan..

Daku terus mencari...
Terumbang-ambing dalam kebimbangan

Yang hilang biarlah menjadi kenangan
Biarkanlah... lepaskanlah...

Telah ku pilih jalan ini
Meski ku sendiri
Renungi erti sepi




~My life is a learning process~

Perjalanan (Wahai Seorang Aku)

Wahai seorang aku,
perjalanan ini,
seumpama di lebuh raya kehidupan.kamu menuju ke satu tempat penghabisan,
memandu laju kamu memotong tatkala berpeluang,
dan kamu dipotong dalam kesempatan.

kalau memotong jangan megah,
atau menunjuk-nunjuk gagah,
kalau di potong jangan goyah,
kamu bukan lemah,
tetapi kamu dalam keimanan kepada Allah swt.
Pastikan kamu
di lorong yang betul,
hendaklah selalu memandang hadapan,
di samping memandang cermin kiri kanan dan belakang.

perjalanannya adalah tersurat sudah,
ada yang cepat dan jua lambatnya.kadangkala perjalanan jua ada masalah.
jika kehabisan minyak perlu ditambah,
adakalanya jua tayar pecah.

adakala hujan singgah...
kabus menutup pandangan mata.

Teruskanlah perjalanan
walau sebagaimanapun keadaan,
kelukaan, kedaifan, kelemasan, kebingungan...
jangan kau undur ke belakang berputus asa dengan kehidupan.
teruskan...teruskan,

cukuplah Allah yang mengawasi dan melindungimu,
semoga berbahagia di mana saja persinggahannya...
kemudian jangan lupa kau perlu teruskan perjalanan semula,
di situ bukanlah pengakhirnya,
dan perjalananmu masih lagi panjang....
ia di dalam pengetahuan Allah yang maha penyayang,
berbahagialah dengan perjalanan masing-masing...

SALAM MAAL HIJRAH 1432H

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1432 H
: : Kullu Aam Wa Antum Bikhair : : kepada seluruh umat Islam.

Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram Ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri.

Sejarah Hijrah Rasullullah yang menyatukan Muhajirin dan Ansar, yang sememangnya berlainan latar belakang malah agama. Tetapi dengan semangat memperjuangkan kebenaran maka dua kaum ini bersatu.

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah semoga semangat Hijrah menyemarakan nafas perjuangan menegakan keADILan dan kebenaran.

Semoga dengan kedatangan tahun baru ini kita dapat memperbaiki amalan kita supaya menjadi yang terbaik daripada sebelumnya. Semoga tahun baru ini lebih bik daripada tahun-tahun yang sebelumnya. Sesungguhnya ketika tibanya tahun baru hijrah mengingatkan kita kepada sejarah penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Makkah ke Kota Madinah.

Mari kita dalami bait2 lagu Ma'al Hijrah di bawah:

Satu Muharram detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuanganHijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua
Kita sambut Ma'al Hijrah
Tingkatkan semangat
Tegakkan syiar Islam

Untuk sepanjang zaman..


Berdiam Lebih Baik (ssssshhhhh)


Adakalanya diam dalam sesuatu pertanyaan bukanlah pengabaian berterusan. Kata-kata bukanlah satu lontaran mudah, semudah memulangkan pukulan bola tangkis di utara dengan pemukulnya. Hatta sebaris kata-kata akan meninggalkan kesan yang cukup mendalam buat si pendengar setia.
Adakalanya diam dalam sesuatu perdebatan adalah lebih baik daripada menambah rasa dan bicara kerana perdebatan yang tiada penghujungnya hanya mengundang amarah dan komplikasi yang jauh lebih sulit untuk diubati dan mengundang murka.
Imam Hasan Al-Banna menyatakan dalam wasiatnya:

"Janganlah kalian berbanyak debat dalam soal apa pun dan bagaimanapun, sebab perdebatan tidak membuahkan kebaikan"

Adakalanya perbualan itu hanya sia-sia. Langsung tidak membuahkan keimanan dan membenihkan takwa malah menambah dosa di akhirat sana. Tika ini diam dan berjauhan itu adalah lebih baik daripada sibuk menganyam 'ketupat' saudara sendiri.

Adakalanya menyendiri itu lebih baik daripada kesibukan bersama manusia. Inilah peluang dan ketika anda berfikir dan bermuhasabah. Namun sebenarnya anda tidak sendiri. Anda bersama Allah mengoreksi diri. Ke manakah perginya kata-kata dan tenagamu? Ke jalan syurgakah amalan-amalan mu?. Namun bukanlah ini tandanya anda harus bersara daripada amal kebajikan di dunia.
Sungguh bermacam-macam perbualan, pertanyaan dan perdebatan yang kadang-kadang bukanlah mudah dibawa dan dijaga keharmoniaannya. Perhatikanlah amalan yang dibawa oleh mulut kita. Boleh jadi kerana mulut badan binasa. Diam itu bukan bermakna kita berhenti daripada berfikir akan tetapi terus dan terus berfikir dan lebih kepada membetulkan bicara, sikap dan memantau "kesihatan iman & takwa".
Justeru adakah rawatan sempurna...melainkan kembali kepada Allah Yang Maha Mencipta? Maafkan saya andai ada salah bicara.

KunjunganTetamu dari Jauh

Hari ini blog saya ada tetamu dari jauh....
Agak-agak siapa ya?
Tetamu yang TERHORMAT nie...hehehe

macam mana nak tau siapa ye?? jeng3x
jom siasat kat kotak ajaib..hehehehe. =D



Ada Pantun sikit untuk anta

Budak sekolah duduk berbincang,
Duduk berbincang berbagai perkara,
Susah payah Tuan datang,
Saya sambut dengan gembira.

Terima kasih kepada sahabat baik ana Mohd Fahmi Bin Maktar yang berada di Cairo,Mesir kerana sudi menziarahi blog ana yang "buruk" nie..hehehe
Ziarah la ana selalu...Baaraka Allahu fik...

Antara Perasaan Suka & Cinta


Di hadapa orang yang kita cinta,kita akan berdegup kencang.

Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.

Tapi di depan orang yang kita suka, musim itu Cuma berangain sahaja.

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku..

Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

Didepan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk kata-kata..

Tapi di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja.

Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu..

Tapi di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar..

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta..

Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka..

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis..

Tapi bila orang yang kita suka menangis, kita kan turut membuat dia gembira..


Perasaan cinta bermula dari mata,

Perasaan suka bermula dari telinga..

Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka, umpama kita membuang telinga kita..

Tapi jika kita menutup mata, cinta berbuah menjadi airmata.

Setiap orang yang akan mengalami ini dalam hidup mereka, cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta.

Tetapi hakikatnya Cinta kepada Allah s.w.t adalah lebih hakiki dan abadi.

CINTA ibarat sebuah rumah tak perlu cantik,tak perlu mewah yang penting kita bahagia di dalamnya..

Cintakan bunga, bunga akan layu.

Cintakan manusia, manusia akan mati.

Cintakan Allah , akan kekal selamanya.

Hmm..adakah itu cinta atau suka?perasaan yang tidak pernah ku rasa bila bersama orang lain selainnya…walaupun kami hanya seketika, banyak yang kepelajari dalam hubungan sementara itu. Walaupun hari- hari menatap wajahnya, tapi perasaan cinta itu tetap ada.tidak pernah sekelumit pun hilang dari hati ini. tapi,ketentuan semua hanya ditentukan olehNYA. Kita hanya merancang tapi TUHAN juga yang menentukan perjalanan hidup kita. Dan sesungguhnya kita masih berbalik kepada kata-kata yang baik itu dari ALLAH dan yang buruk itu dari kita sendiri…

Al-FATIHAH buat Ibuku.

Hari ini tanggal 27.10.2010 telah genap 4 tahun ibuku telah kembali Menghadap Illahi.
selama 4 tahun aku hidup tanpa ibu,terasa begitu kehilangan seorang insan yang telah mengajar aku erti kehidupan, yang telah mengajar aku membaca ABC, dan alif ba ta sewaktu aku masih kecil, tanpa ibu,aku mungkin tidak dapat menulis di sini..segala pahit manis telah ku lalui bersama ibu, setiap hari aku begitu terasa kesunyian..seringkali aku terbayang-bayang senyuman ibuku,di wajahnya kulihat penuh dengan ketabahan dan kesabaran, masih terngiang-ngiang di fikiran saat ibu memanggil namaku...

Mengimbau memori 1 syawal 25.10.2006 , merupakan hari lebaran yang paling menyedihkan. Kami sekeluarga menyambuat hari raya di hospital bersama ibuku yang tercinta, ketika itu ibu sedang bertarung dengan penyakit yang dihadapi, ibuku menderita kanser payudara.Disebabkan kanser itu, ibu telah menghadapi kegagalan buah pinggang, ibu menatap wajah kami adik -beradik dengan penuh kasih sayang, seolah-olah ibu tahu yang ibu akan pergi buat selamanya. Aku tidak sanggup melihat penderitaan yang ibu alami, kesakitan yang dihadapinya cukup membuatkan aku menitis airmata.

Pada 3 syawal 27.10.2006, lebih kurang pukul 2.30 pagi ,bapa saudaraku telah menyampaikan berita yang agak mengejutkan aku.Ibu telah pergi buat selama-lamanya, di sisi adik ibuku.Ibu pergi dengan penuh tenang ketika sedang berbual dengan adik ibu. Lemah longlai ketika aku melihat ibu terbujur kaku di hadapanku..saat itu betapa sedihnya aku kehilangan insan yang paling aku sayang yang satu-satunya didunia yang tidak dapat ku cari ganti.Hanya Allah yang Maha Mengetahui betapa pilunya hati ini. Ibarat tempang sebelah kaki untuk aku teruskan kehidupan tanpa ibu.

Aku redha dengan pemergian ibuku tersayang, segala yang berlaku telah di takdirkan oleh yang Maha Esa. Sebagai seorang muslim, kita hendaklah sentiasa mendoakan kedua-dua orang tua kita. Itulah tanggungjawab kita sebagai seorang anak terhadap ibubapa. Terima kasih buat ibuku,kerana telah melahirkan dan mengajar anakmu ini erti kehidupan dan mengajar anakmu menjadi insan yang berguna,segala nasihat dan teguran tidak akan disia-siakan, tidak sempat aku membalas jasa ibuku..hanya doa dan fatihah dapatku sedekahkan setiap kali sembahyang agar ibu tenang di sempadan akhirat sana.Ibu,anakmu selalu berdoa agar kita akan bertemu di syurga yang telah dijanjikan Allah s.w.t..Hanya kasihmu ibu membawa kesyurga..Tanpa redhamu ibu,tidak dapatku menjejak kaki ke syurga. Anakmu akan cuba menjadi insan bertakwa yang sebenar-benar takwa dan takut kepada Allah s.w.t .InsyaAllah..
Ibu, anakmu sentiasa merindui mu........Al-Fatihah buat ibuku.....


Hari ini saya tidak sihat.

Sangat tidak sihat.

Semalam dah mula rasa.

Hari ini betul-betul tak sihat.

Can't fight it anymore.

Just want to lay down and sleep.

Weak...

Hidup Tidak Boleh Reverse


Hidup ini takkan kembali kepada sebelumnya. Apa yang telah berlaku takkan dapat terpadam daripada sejarah kehidupan kita. Kita hanya dapat belajar daripadanya, tanpa dapat mengubah catatan sejarah tersebut. Jika kita pernah terlanjur melakukan kesalahan, kita tak dapat nak reverse kembali dan memadamkan kesalahan tersebut. Kita boleh cakap “lupakanlah apa yang telah berlaku”, namun kita takkan pernah lupa. Kita hanya belajar untuk tidak mengulanginya. Itulah hebatnya kehidupan yang Allah ciptakan. Allah memberikan peluang membuat keputusan, kemudian memberikan peluang mengambil pelajaran. Bahkan dengan taubat, Allah akan memadamkan semuanya daripada tulisan. Namun kita sentiasa lupa. Jadi, apakah kita mahu terus melakukan kesalahan dan kelak menyesal? Atau berfikir sebelum melakukan sesuatu yang takkan dapat terpadam daripada sejarah hidup? Maha suci Tuhan yang masih memberikan Rahmat dan Nikmat dalam hidup yang penuh dosa dan noda.

Kita pernah lahir sebagai seorang bayi yang suci bersih, saat kita tak mengenal dunia dalam sedar. Kita hanya tersenyum dan ketawa melihat gelagat orang lain. Dan kini, kita sendiri sudah melupakan senyuman itu. Kita sendiri tidak dapat mengingat wajah-wajah yang telah membuatkan kita senyum tatkala kita masih bayi, tidak mengerti. Kemudian kita membesar menjadi kanak-kanak riang yang sentiasa mendapat kasih sayang, atau sentiasa aktif menjalani kehidupan. Melihat orang dewasa membuatkan kita cemburu dan sentiasa berharap agar segera dapat menjadi dewasa.

“Bestnya orang besar boleh naik motor, kereta…”
“Bestnya, orang besar boleh pakai telefon mahal-mahal”
“Bestnya, orang besar boleh masuk universiti”

Lalu kita meneruskan kehidupan, sehingga remaja. Tatkala itu kita semakin ligat mencuba pelbagai perkara baru dalam kehidupan. Kita ingin diri dihargai dan diri sentiasa dikenang orang. Namun, kita sering memberontak jika ada nasihat-nasihat daripada orang yang lebih tua. Kita lantas berazam untuk cepat menjadi dewasa agar kita dapat membuat keputusan sendiri dan terus hidup sepertimana yang kita kehendaki.

“Ah, penyibuk saja orang tua ni, biarlah aku nak buat apa pun.”

Masa terus berlalu dan kita menjadi dewasa. Begitulah seterusnya kehidupan, hinggalah akhirnya kita sampai ke usia yang paling tua. Atau mungkin mati sebelum menjangkau umur tersebut. Tatkala itu, kita kembali merenung hidup. Meneliti masa kanak-kanak, remaja, kemudiannya dewasa yang telah lalu, takkan kembali. Segala kesalahan tinggal penyesalan dan segala kejayaan tinggal kenangan. Kita ingin kembali ke umur sebelumnya untuk menikmati hidup dengan cara yang lebih baik. Tatkala itu, barulah kita tersedar;

HIDUP TIDAK BOLEH REVERSE!!!!



Tatkala Kita Mengukir Senyum

Salam sejahtera kepada semua pembaca dan saudara yang ku cintai. Sesungguhnya kita tidak bertemu dan berpisah melainkan dengan izin Allah yang menciptakan dan menentukan pertemuan dan perpisahan. Sesungguhnya hidup kita di dunia ini sementara kerana mati itu pasti dan hidup itu pasti berakhir di dunia ini. Ke mana kita sesudah itu? Ke alam yang abadi yang penuh dengan balasan, syurga atau neraka, nikmat atau azab.

Kita hidup dengan penuh kenikmatan yang tidak terhitung sebagaimana digambarkan oleh Allah bahawa kita takkan mampu menghitung nikmat-nikmat-Nya. Maka, nikmat tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? Tidakkah kita sedar dan insaf bahawasanya Allah menciptakan kita bersebab dan ada tujuan? Sesungguhnya Allah menjadikan segalanya di atas muka bumi ini sebagai perhiasan untuk menguji siapa yang terbaik amalnya.

Aku menulis ini untuk peringatan diriku dan dirimu wahai teman dan saudaraku.

Tatkala kita mengukir senyum kerana mendapat apa yang kita mahukan, ada saudara-saudara kita yang merangka jalan-jalan perjuangan demi mendapatkan tanah mereka yang dirampas. Bahkan tanah milik Umat Islam sejagat di Masjid Al-Aqsa. Tatkala kita mengukir senyum kerana dapat berborak-borak dengan si dia yang kita cintai, mereka merintih di malam hari memohon kekuatan untuk berjuang mempertahankan kesucian Tanah Umat Islam.

Tatkala kita mengukir senyum melihat anak-anak kecil berlari-lari dan bermain-main penuh riang, ada anak-anak kecil yang mengorbankan masa riang mereka dan menjadi senjata yang melemahkan musuh Islam di sana. Bukan sekadar batu bahkan darah mereka menjadi taruhan. Tatkala kita mengukir senyum kerana merasa menang, ada saudara kita yang betul-betul berjuang demi kemenangan yang belum tercapai, demi kemenangan yang telah dijanjikan.

Tatkala kita takut anak-anak kita dipaparkan tentang kematian, anak-anak mereka saban hari berhadapan dengan kematian tanpa sebarang rungutan.

Tatkala kita mengukir senyum melihat alam yang penuh indah di negara kita, mereka menitiskan airmata melihat rumah-rumah mereka dirobohkan dan anak-anak mereka dibunuh. Tatkala kita mengukir senyum kerana dapat mencontohi gaya dan cara hidup barat, mereka kecewa dengan Umat Islam yang sudah larut dalam acuan kehancuran yang menjadi propaganda barat.

Di manakah mereka tatkala kita mengukir senyum? Apakah yang sedang mereka lakukan tatkala kita mengukir senyum? Pernahkah kita terfikir dan turut serta dalam perjuangan mereka tatkala kita mengukir senyum?

Senyumlah kerana senyum itu sedekah. Senyumlah kerana merasa yakin bahawa Allah pasti membantu orang-orang yang berjuang di jalan-Nya dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh.

Tatkala kita mengukir senyum…Ukirkan keinsafan jauh di lubuk hati kita.

Tatkala kita mengukir senyum…mereka juga mengukir senyum kerana mereka tahu Allah menjanjikan Syurga bagi jiwa yang syahid.

JADILAH ANAK YG TERBAIK

"Kasih Seorang Ibu"



Nurse, boleh saya tengok bayi saya? ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat.

Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.

Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup menggembirakan si ibu.

Masa terus berlalu.....

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. "Mereka kata saya cacat," katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk dan memujuk. Ayah
kanak-kanak itu bertemu doktor.

"Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma", kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu....

"Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan", kata si ayah.

Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa
rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

'Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya", kata si anak berkali-kali. "Tak mungkin," balas si ayah.

"Perjanjian antara ayah dengan penderma itu
masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba."

"Bila?" tanya si anak.

"Akan tiba masanya anakku", balas si ayah sambil ibunya
mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

"Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya", si ayah berbisik ke telinga anaknya.

"Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya??? tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."

P/s : Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui.

Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah ....

"SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU",...

penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada, curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya..

"Saya Sayang Ibu"



Kini aku hidup tanpa ibu......

3 syawal..24 oktober 2006, tepat jam 2.30 pagi... Ibuku telah di jemput ke Rahmatullah.....


Semoga roh ibuku dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman...Al-fatihah....AMIN..

Sahabatku...Selamat Berjuang..




sahabatku yang baru saja meninggalkan tanah air dan jejak kehidupan baru di university Al-azhar,cairo mesir...

Rasa yang dulunya pahit kini berlahan berubah menjadi manis, semanis buah strewberry kala ranum. manisnya akan terus melekat di lidah sampai ke hati. begitu jualah dengan hasil yang kini dicapai. semua perjuangan kini memiliki erti tersendiri.

Selamat menempuh kehidupan kampus yang baru, teman.
Ditempat lahirnya tokoh-tokoh besar dunia
Belajarlah dengan bersungguh - sungguh..
Berdoalah dengan penuh ketaqwaan, agar ilmu yang terserap selalu menjadi berkah
Perkuatlah keimanan ketika lingkungan mulai terasa menggoyang keistiqomahan

Sahabat,
Hanya satu perubahan yang kuharap padamu,
Semakin pintar dan soleh..

Semoga Allah memberkahi persahabatan ini, agar saling mengingatkan satu dengan lainnya.

Amin ya rabbal alamin...


Barang siapa berjalan untuk menuntut ilmu maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga. (HR. Muslim).


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Siapa yang keluar untut menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali.” Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darimi

p/s= beliau adalah Mohammad Fahmi bin Maktar..sahabat saya dari kecil..teman suka- duka,teman sepermainan ketika zaman budak2 =)),
teman sekelas,teman mengulangkaji pelajaran sama-sama,dan juga jiran saya sebelah rumah =)
sejujurnya...sehingga kini belum pernah aku temui teman baik budi pekerti dan akhlak sepertimu wahai sahabat..terima kasih kerana jadi sahabatku...semoga Allah membalas jasamu..

Lensa di Hari Raya......

Gambar keluarga di Hari Raya Aidilfitri September 2010 1431H....


saya ker 2??hehe



wajah ayahanda yang sayu..semakin hari semakin tua dan lemah... ;((



Kekandaku..Along dan Angah...


beg kecik 2 x leh tinggal..collect duit raya!!hahha


keluarga Paklongku..

sepupu kecik..hehe

terlampau gembira..hehe



sepupuku paling bongsu...mohd syawal..


saya yg berbaju ungu tu.. =))kucing kesayanganku pon ada??..hehe..

selamat hari raya adilfitri 1431h..maaf zahir & batin...

SELAMAT TINGGAL RAMADHAN..ish3x..sebaknya dada...



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Cuma tinggal beberapa hari saja lagi kita akan menyambut kehadiran bulan Syawal, dan pastinya anda semua sudah sibuk mempersiapkan diri dengan menyediakan berbagai keperluan untuk menyambut Syawal ini, dan selain itu juga mungkin juga sudah sibuk menghias rumah dengan cantik sekali, maklumlah Syawal datang setahun sekali. Namun apa yang pastinya apakah kita semua sudah melaksanakan satu tugas yang wajib untuk kita laksanakan? Sudahkah kita semua melaksanakan rukun islam yang keempat iaitu membayar zakat? Bagi yang belum melaksanakannya maka laksanakanlah ia secepatnya agar esok kita tidak akan lupa. Bagi yang sudah melaksanakan tahniah saya ucapkan kerana anda masih belum lupa melaksanakan apa yang dituntut oleh agama kita.

Dalam kita sibuk mempersiapkan diri kita untuk menyambut lebaran ini, pastinya kita juga akan bersedih kerana tidak lama lagi kita akan meninggalkan ramadhan, kerana apakah kita pasti akan berjumpa dengan ramadhan pada tahun hadapan atau adakah ini ramadhan kita yang terakhir? Wallah hu wa'lam.... Segalanya adalah ketentuan illahi, namun apa pun yang pastinya kita semua pastinya akan bersedih dengan berakhirnya ramadhan nanti. Selama sebulan berpuasa pastinya telah memberikan satu penglaman yang baru bagi kita semua.

Kepada semua pengunjung blog yang saya hormati, dikesempatan ini saya dan seluruh keluarga ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidil fitri yang tidak lama lagi akan menjelang, dan pada kesempatan ini saya ingin memohon kemaafaan andainya ada kesilapan dan kesalahan yang tanpa saya sedari disepanjang saya menulis didalam blog ini yang menyinggung perasaan anda semua. Dan semoga Aidil Fitri tahun ini akan mendapat keberkatan dari Allah SWT jua. AMin....!

Satu bulan tak terasa aku bersamamu
Pelajaran disetiap malam terawikh pun aku dapatkan
Dari setiap penceramah pembawa hikmah
sebelas rekaat ku lalui tiap malam
mengingatkanku akan sebelas bulan lagi dapat berjumpa denganmu
terima kasih
ramadhanku…
Walau derai air mataku melepaskan kepergianmu
Seiring dengan datangnya malam lailatul qodar
Aku relakan kepergianmu
Dan aku senantiasa berharap dapat berjumpa denganmu lagi
Dari segenap rasa rindu yang semakin pilu
Akankah aku dapat menjumpaimu lagi ?
Aku pasrahkan kepada Illahi Rabbi
Ramadhanku….terimakasih..
Namamu takkan aku lupa …
Selamat Jalan Ramadhan….

dikesempatan ini saya sekali lagi ingin mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

KETAWA DI DUNIA MENANGIS DI AKHIRAT




Dalam satu hadith, Nabi saw bersabda
"Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati".
Banyak tertawa menjadikan hati semakin malap dan tidak berseri. Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidak menyala. Hati tidak berfungsi lagi.

Nabi Muhammad melarang ummatnya dari gelak-ketawa yang melampuai batas. Menurut hadith, banyak ketawa menghilangkan akal dan ilmu. Barangsiapa ketawa tergelak-gelak, akan hilang satu pintu daripada pintu ilmu.

Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah? Dalam keadaan suka yang keterlaluan, hati kita lalai dan lupa suasana akhirat dan alam barzakh yang bakal kita tempuhi kelak. Sedangkan dahsyatnya alam tersebut tidak dapat dinukilkan dalam sebarang bentuk media. Kita sedang menuju ke satu destinasi yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan abadi. Sepatutnya kita berfikir bagaimana kedudukan kita di sana nanti, sama ada bahagia atau derita. Berbahagia di dunia bersifat sementara tetapi di akhirat berpanjangan tanpa had. Penderitaan di dunia hanya seketika tetapi di akhirat azab yang berterusan dan berkekalan. Merenung dan memikirkan keadaan ini cukup untuk kita menghisab diri serta menyedarkan diri kita tentang bahaya yang akan ditempuh.
"Tertawa-tawa di masjid menggelapkan suasana kubur". Demikian ditegaskan oleh Nabi saw. Kita sedia maklum, kuburia lah rumah yang bakal kita duduki dalam tempoh yang panjang. Kita keseorangan dan kesunyian tanpa teman dan keluarga. Kubur adalah satu pintu ke syurga atau neraka. Betapa dalam kegelapan di sana, kita digelapkan lagi dengan sikap kita yang suka terbahak-bahak di dunia.

Ketawa yang melampaui batas menjadikan kita kurang berilmu. Apabila kurang ilmu, akal turun menjadi kurang. Kepekaan terhadap akhirat juga menurun. Nabi saw pernah bersabda: "Barangsiapa tertawa-tawa nescaya melaknat akan dia oleh Allah (Al-Jabbar). Mereka yang banyak tertawadi dunia nescaya banyak menangis di akhirat."


Saidina Ali sentiasa mengeluh '....jauhnya perjalanan ... sedikitnya bekalan ....' Walaupun hebat zuhud dan ibadat beliau, namun merasakan masih kurang lagi amalannya. Betapa kita yang kerdil dan malas beribadat ini sanggup bergembira 24 jam.

Dalam hadith lain, Nabi saw bersabda "Barangsiapa banyak tertawa-tawa, nescaya meringankan oleh api neraka. "Maksudnya mudah dimasukkan ke dalam neraka".

Kita tidak pula dilarang menunjukkan perasaan suka terhadap sesuatu. Cuma yang dilarang ialah berterusan gembira dengan ketawa yang berlebihan. Sebaik-baik cara bergembira ialah seperti yang dicontohkan oleh Nabi saw. Baginda tidak terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat.

Para sahabat pernah berkata "Ketawa segala nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak."

NASIHAT IMAM AL-GHAZALI


1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.

2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.

3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.

4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui..

5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya...

I'll Do What I Have To



I'll cry for you,
I'll bleed for you,
I'll do whatever I need to do,
Just for you.

To make you love me,
And make you care,
To make you wonder why,
I do the things I do.

Your everything I want,
And everything I need.
I dream sweet dreams,
About you and me.

So please take my hand,
And tell me you'll always be here.
Say you wont leave me,
No matter what goes on.

Doa untuk ibubapa. .


Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka,
Perindahlah ucapanku di depan mereka.
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkanlah hatiku untuk mereka.

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya
Atas didikan mereka padaku dan
Pahala yang besar
Atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,
Peliharalah mereka
Sebagaimana mereka memeliharaku.


Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan,
atau kesusahan yang mereka derita kerana aku,


atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
jadikanlah itu semua
Penyebab rontoknya dosa-dosa mereka,
Meningginya kedudukan mereka dan
Bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu, ya Allah
sebab hanya Engkaulah
yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.


Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika magfirah-Mu lebih dahulu mencapai diriku,
Maka izinkahlah aku memberi syafa'at untuk mereka,


sehingga kami semua berkumpul
Bersama dengan santunan-Mu
di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta
rahmat-Mu.


Sesungguhnya Engkaulah
yang memiliki Karunia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir dan
Engkaulah yang Maha Pengasih Diantara semua pengasih.


****

Mari kita kenang dosa kepada orang tua kita.
Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa karena kedurhakaan kita.
Kerana kita sudah menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya.


Istighfar, istighfarlah
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orangtuanya.
Atau kata-katanya sering mengiris melukai hatinya, atau yang jarang memperdulikan dan mendoakannya.
Percayalah bahwa anak yang durhaka siksanya didahulukan didunia ini.


Istighfar yang pernah menzalimi ibu bapanya.


Astaghfirullahal Adzhiim
Astaghfirullahal Adzhiim

Dosa-Dosa yang tidak diampuni di Malam Al-Qadar

Malam Al-Qadar dan Pengampunan Dosa
Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa yang menghidupkan malam Al-Qadar dengan ibadah dan mengharap ampunan, ia diampuni dosa-dosanya yang lalu.” (Al-Wasail 10: 358)

Imam Musa Al-Kazhim (sa) berkata: “Barangsiapa yang mandi sunnah di malam Al-Qadar dan menghidupkannya hingga terbit fajar, ia akan keluar dari dosa-dosanya.” (Al-Wasail 10: 358)

Imam Muhammad Al-Baqir (sa) berkata: “Barangsiapa yang menghidupkan malam Al-Qadar, ia akan diampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak bintang di langit, seberat gunung dan seluas samudra.”
(Al-Mustadrak 7: 457)

Tanda-Tanda orang yang celaka
Imam Ali bin Abi Thalib (sa) berkata bahwa Rasulullah saw bersabda: “Ada empat tanda orang yang celaka: kedua matanya keras (tak mampu menangis), rakus dalam mencari dunia, dan mengulang-ulang
dosa.” (Mustadrak Al-Wasail 11: 366)

Dosa yang tidak diampuni di Malam Al-Qadar
Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya Allah membebaskan beribu-ribu manusia dari neraka setiap hari saat berbuka puasa di bulan Ramadhan. Khusus pada malam Jum’at dan hari Jum’at Allah swt membebaskan beribu-ribu manusia dari neraka setiap jam, yang semestinya mereka itu disiksa. Khusus pada hari terakhir bulan Ramadhan Allah swt membebaskan sejumlah manusia yang dibebaskan sejak awal bulan hingga hari yang terakhir. Khusus pada malam Al-Qadar Allah Azza wa Jalla memerintahkan malaikat Jibril untuk turun ke bumi bersama para malaikat pencatat amal…Pada malam ini mereka mengucapkan salam kepada setiap manusia yang menghidupkan malam itu dengan ibadah, shalat dan zikir. Para malaikat berjabatan tangan dengan mereka, dan mengaminkan doa mereka hingga terbit fajar. Ketika terbit fajar Jibril memanggil para malaikat: Wahai para malaikat, mari kita pergi. Para malaikat berkata: Wahai Jibril, apa yang telah diperbuat oleh Allah swt untuk hajat-hajat kaum mukminin dari ummat Muhammad saw. Jibril menjawab: “Sungguh Allah swt telah memperhatikan mereka malam ini, memaafkan kesalahan mereka dan mengampuni dosa-dosa mereka kecuali empat orang.” Lalu Rasulullah saw bersabda kepada para sahabatnya: “Peminum khomer, orang yang durhaka kepada kedua orang tuanya, orang yang memutuskan silaturrahim, dan orang yang dengki. Ketika malam Idul Fitri tiba, yakni malam jawaiz, malam Allah swt menganugerahkan pahala kepada orang-orang yang beramal baik tanpa perhitungan.” (Al-Mustadrak 7: 429)

Rasulullah saw bersabda: “Allah swt memerintahkan kepada malaikat agar berseru setiap hari di bulan Ramadhan: “Berbahagialah wahai hamba-hamba-Ku, kalian telah diampuni dosa-dosa kalian yang lalu, dan Aku akan memberi pertolongan kepada sebagian kalian karena sebagian yang lain di malam Al-Qadar kecuali orang yang berbuka karena mabuk atau dengki kepada saudaranya sesama muslim.” (Al-Mustadrak 7: 475)

Allahumma inna dzunubi qad `azhu­mat fajallat `anish-shifati wa innaha shagiratun fi janbi `afwika, fa `fu `anni

"Wahai Tuhanku, sesungguhnya dosaku sungguh sangat besar, tidak dapat disifatkan lagi. Dan sesungguh­nya dosaku itu kecil di sisi kemaafan­Mu. Maka maafkanlah aku."

semoga dosa2 kita diampunkan oleh Allah s.w.t
aminnnn
Wassalam

Hikmah Disebalik Bencana dan Tragedi...


Kita merupakan antara insan yang bertuah kerana berjaya merasai suatu tragedi walaupun kita sendiri takut untuk menghadapinya. Ini yang dikatakan warna hidup. Hidup diselangi dengan kisah sedih dan gembira. Inilah yang dikatakan kelengkapan hidup. Sang sedih singgah dengan membawa sebuah hikmah dan pengajaran. Sang gembira pula hadir dengan membawa hikmah dan kepuasan diri. Betapa melankoliknya hidup ini.

Sedang asyik kita malayari hidup sambil disimbahi pelbagai warna, tiba-tiba dunia disimbahi warna hitam. Seluruh dunia merasainya kini. Aku tidak pasti semua perasaan manusia di atas bumi ketika ini. Tetapi aku sungguh yakin kegelapan warna yang sedang disimbahi membawa maksud kesedihan dan kegusaran. Apa sebenarnya hikmah disebaliknya? Ini sebenarnya peleraian di sebalik simbahan warna tersebut:

“Maka masing-masing Kami binasakan disebabkan dosanya, iaitu di antaranya ada yang kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu; dan ada yang dibinasakan oleh letusan suara yang menggempakan bumi; dan ada yang kami timbuskan dia ditelan bumi; dan ada pula yang kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah!) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri. ”

(Surah Al-‘Ankabut, ayat 40)

“Telah timbul berbagai-bagai kerosakan dan bala bencana di darat dan dilaut dengan sebab apa yang telah dilakukan tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).”

(Surah Ar-Rum, ayat 41)


“Seorang muslim itu tidak ditimpa dengan keletihan, penyakit ,kegelisahan, kesedihan, kesengsaraan dan kesusahan, bahkan sehingga duri yang menyakitinya melainkan semua itu Allah berkenan untuk menghapuskan dosa-dosanya.”

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


“Sesungguhnya manusia apabila mereka melihat kemungkaran lalu tidak berusaha untuk mencegahnya maka telah hampir Allah menimpakan seksaanNya dengan meliputi sekalian mereka.”

(Hadis riwayat Ibnu Majah)


[p/s: Sama-sama kita renungkan]

Doa Tatkala Dirundung Gundah, Sedih, dan Perasaan Tak Menentu


اللَّهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ وَابْنُ عَبْدِكَ وَابْنُ أَمَتِكَ نَاصِيَتِي بِيَدِكَ مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ أَوْ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِي وَنُورَ صَدْرِي وَجِلَاءَ حُزْنِي وَذَهَابَ هَمِّي

Allaahumma innii 'abduka wabnu 'abdika wabnu amatik, naashiyatii biyadik, maadlin fiyya hukmuk, 'adlun fiyya qadlaa'uk, as-aluka bikullismin huwa laka, sammaita bihi nafsaka, au anzaltahuu fii kitaabika, au 'allamtahu ahadan min khalqika, awis ta'tsarta bihii fii 'ilmil ghaibi 'indaka, an taj'alal Qur'aana rabii'a qalbii wanuura shadrii wajalaa'a huzni wa dzahaaba hammii

Artinya: "Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak hamba laki-laki-Mu, dan anak hamba perempuan-Mu. Ubun-ubunku berada di tangan-Mu. Hukum-Mu berlaku pada diriku. Ketetapan-Mu adil atas diriku. Aku memohon kepada-Mu dengan segala nama yang menjadi milik-Mu, yang Engkau namakan diri-Mu dengannya, atau Engkau turunkan dalam Kitab-Mu, atau yang Engkau ajarkan kepada seorang dari makhluk-Mu, atau yang Engkau rahasiakan dalam ilmu ghaib yang ada di sisi-Mu, agar Engkau jadikan Al-Qur'an sebagai penyejuk hatiku, cahaya bagi dadaku dan pelipur kesedihanku serta pelenyap bagi kegelisahanku."

Doa di atas didasarkan pada hadits dari Abdullah bin Mas'ud radliyallah 'anhu, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Tidaklah seseorang tertimpa kegundahan dan kesedihan lalu berdoa (dengan doa di atas) . . . melainkan Allah akan menghilangkan kesedihan dan kegelisahannya serta menggantikannya dengan kegembiraan.

Ibnu Mas'ud berkata, "Ada yang bertanya, 'Ya Rasulallah, bolehkah kita mempelajarinya?' Beliau menjawab, 'Ya, sudah sepatutnya orang yang mendengarnya untuk mempelajarinya'." (HR. Ahmad dalam Musnadnya I/391, 452, Al-Hakim dalam Mustadraknya I/509, Ibnu Abi Syaibah dalam Mushannafnya VII/47, Ibnu Hibban dalam Shahihnya no. 2372, Al-Thabrani dalam Al-Mu'jam Al-Kabir no. 10198 –dari Maktabah Syamilah-. Hadits ini telah dishahihkan oleh Ibnu Taimiyah dan muridnya Ibnul Qayyim, keduanya banyak menyebutkannya dalam kitab-kitab mereka. Juga dihasankan oleh Al-Hafidz dalam Takhriij Al-Adzkaar dan dishahihkan oleh Al-Albani dalam al-Kalim al Thayyib hal. 119 no. 124 dan Silsilah Shahihah no. 199.)

Apabila yang Berdoa Seorang Wanita

Bentuk lafadz doa di atas untuk mudzakar (laki-laki), Ana 'Abduka (aku hamba laki-laki-Mu), Ibnu 'Abdika Wabnu Amatik (anak laki-laki dari hamba-laki-laki-Mu dan anak laki-laki dari hamba perempuan-Mu). Kalau yang berdoa adalah laki-laki tentunya lafadz tersebut tepat dan tidak menjadi persoalan. Namun, bila yang berdoa seorang muslimah, apakah dia harus mengganti lafadz di atas dengan bentuk mu'annats (untuk perempuan), yaitu dengan Allaahumma Inni Amatuk, Ibnatu 'Abdika, Ibnatu Amatik (Ya Allah aku adalah hamba wanita-Mu, anak perempuan dari hamba laki-laki-Mu dan anak perempuan dari hamba perempuan-Mu)?

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah pernah ditanya tentang seorang wanita yang mendengar doa di atas, tapi dia tetap berpegang dengan lafadz hadits. Lalu ada yang berkata padanya, ucapkan, "Allahumma Inni Amatuk . . . ." namun dia menolak dan tetap memilih lafadz dalam hadits, apakah dia dalam posisi yang benar ataukah tidak?

Kemudian beliau menjawab, "Selayaknya dia mengucapkan dalam doanya, "Allahumma Inni Amatuk, bintu amatik . . ." dan ini adalah yang lebih baik dan tepat, walaupun ucapannya, 'Abduka, ibnu 'abdika memiliki pembenar dalam bahasa Arab seperti lafadz zauj (pasangan; bisa digunakan untuk suami atau istri-pent), wallahu a'lam." (Majmu' Fatawa Syaikhil Islam Ibnu Taimiyah: 22/488)

Syaikh Abdul 'Aziz bin Baaz rahimahullah pernah juga ditanya tentang cara berdoanya seorang wanita dengan doa tersebut. Apakah wanita itu tetap mengucapkan, "wa ana 'abduka wabnu 'abdika" (dan saya adalah hamba laki-laki-Mu dan anak laki-laki dari hamba laki-laki-Mu) ataukah harus mengganti dengan, "Wa ana amatuk, ibnu 'andika atau bintu 'abdika"?

Beliau rahimahullah menjawab, "Persoalan ini luas Insya Allah, Persoalan dalam masalah ini luas. Apabila wanita itu berdoa sesuai dengan hadits, tidak apa-apa. Dan jika berdoa dengan bentuk yang ma'ruf bagi wanita, Allahumma innii amatuk, wabnutu 'abdika, juga tidak apa-apa, semuanya baik. (http://binbaz.org.sa/mat/11509)

DI SAAT....


Disaat kamu ingin melepaskan seseorang
Ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya



Disaat kamu mulai tidak mencintainya
Ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya



Disaat kamu mulai bosan dengannya
Ingatlah selalu saat terindah bersamanya



Disaat kamu ingin menduakannya
Bayangkan jika dia selalu setia



Saat kamu ingin membohonginya
Ingatlah disaat dia jujur padamu



Maka kamu akan merasakan erti dia untukmu
Jangan sampai disaat dia sudah tidak disisimu,
Kamu baru menyadari semua erti dirinya untukmu



Yang indah hanya sementara
Yang abadi adalah kenangan
Yang ikhlas hanya dari h
ati
Yang tulus hanya dari sanubari



Tidak mudah mencari yang hilang
Tidak mudah mengejar impian
Namun yg lebih susah mempertahankan yg ada
Kerana walaupun tergenggam boleh terlepas juga
Ingatlah pada pepatah, "Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini"



Tak ada yang tak boleh di ikhlaskan
Tak ada sakit hati yang tak boleh dimaafkan
Tak ada dendam yang tak boleh terhapus.

p/s kadang-kadang hidup kita sunyi tanpa cinta...hehe
coretan ini hanya sekadar meluahkan hati yang kekosongan nie...jiwang karat betol!! ;-)

Final Exam

Final exam will be held on Monday next month. .
*sweating* What if I fails one or perhaps two of the subjects?
What if my subjects didn't go pretty well like in the previous semester?
What if I dont manage to bring up my GPA?
What if..
What if..
Knock on the wood!


I'm scared. These scary feeling is a feeling which I do not feel it in the previous sem.
I do not expects much.
I do not dreams that I'll be qualifies to be one of the Dean List.My real goal is just to bring up my grades,my GPA.
For the sake of my parents.
Insya'Allah

Allah Mengajarkan Cinta



Pernahkah hatimu merasakan kekuatan mencintai
Kamu tersenyum meski hatimu terluka kerana yakin ia milikmu,
Kamu menangis kala bahagia bersama kerana yakin ia cintamuCinta melukis bahagia, sedih, sakit hati, cemburu, berduka
Dan hatimu tetap diwarnai mencintai, itulah dalamnya cinta

Pernahkah cinta memerahkan hati membutakan mata
Kepekatannya menutup mata hatimu memabukkanmu sesaat di nirwana
Dan anda tak boleh beralih dipeluk merdunya nyanyian bahagia semua
Padahal sesungguhnya hanya kehampaan yang mengisi sisi gelap hatimu
Itulah cinta kerana manusia yang dibutakan nafsunya

Cinta adalah pesan agung Allah pada umat manusia
DitulisNya ketika mencipta makhluk-makhlukNYA di atas Arsy
Cinta dengan ketulusan hati mengalahkan amarah
Menuju kepatuhan pengabdian kepada Allah dan Rasulnya
Dan saat pena cinta Allah mewarnai melukis hatimu,satu jam bersama serasa satu minit saja

Ketika engkau memiliki cinta yang diajarkan Allah
Kekasih menjadi lentera hati menerangi jalan menuju Illahi
Membawa ketundukan tulus pengabdian kepada Allah dan RasulNya
Namun saat cinta di hatimu dikendalikan dorongan nafsu manusia

Alirannya memekatkan darahmu membutakan mata hati dari kebenaran
Saat kamu merasakan agungnya cinta yang diajarkan Allah
Kekasih menjadi pembuktian pengabdian cinta tulusmu
Memelukmu dalam ibadah menuju samudra kekal kehidupan tanpa batas

Menjadi media amaliyah dan ketundukan tulus pengabdian kepada Allah
Itulah cinta yang melukis hati mewarnai kebahagiaan hakiki
Agungnya kepatuhan cinta Allah boleh ditemukan dikehidupan alam semesta
Seperti thawafnya gugusan bintang, bulan, bumi dan matahari pada sumbunya

Tak sedetikpun berlanggar, keharmonisan berujung pada keabadian
Keharmonisan pada keabadian melalui kekasih yang mencintai
Kerana Allah adalah kekasih Zat yang abadi
Cintailah kekasihmu setulusnya maka Allah akan mencintaimu

Kerana Allah mengajarkan cinta tulus dan agung
Cinta yang mengalahkan Amarah menebarkan keharmonisan
Seperti ikhlas dan tulusnya cinta Rasul mengabdi pada Illahi
Itulah cinta tertinggi menuju kebahagiaan hakiki

Bulan Mujahadah

Bismillahirrahmanirrahim...

Bulan Ramadhan...

Bulan mulia dan penuh keberkatan ini...

Lebih banyak pintu2 kebaikan dibuka luas...

Lebih banyak pintu2 keburukan ditutup rapat..

Syaitan diikat...

Tinggal kita untuk memilih...

Hati kita punya pilihan...

Dunia sementara atau kenikmatan Islam hakiki....

Petunjuk itu sentiasa ada...

Bagi yang mencari...bagi yang mahu merasai...

Peluang dibuka untuk kita merobohkan jahiliyyah2 dalam diri untuk kita isi hanya denganNya...

Untuk kita isi dengan ketaatan....

Sebagai bekalan untuk bertemu denganNya di akhirat kelak..

Moga di syurga...

Mudah diukirkan dengan kata2,perlu Mujahadah untuk dilukiskan dengan perbuatan...
Sama2 kita berusaha...^_^

Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang2 yang berjihad di antara kamu,dan belum nyata orang2 yang sabar.(3:142)

Wallahua'lam.

~~semoga hari ini lebih baik dari semalam..^_^~~

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan 1431 H

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Nampaknya esok kita akan menyambut Ramadhan Al- Mubarak 1430 Ramadhan Al-Mubarak 1431H. Adakah kita mampu menempuh bulan Ramadhan kali ini dengan lebih baik, masih di takuk lama atau lebih teruk lagi. Kalau diikutkan nampak gayanya bulan puasa kali ini mungkin lebih sejuk memandangkan hujan mula menitis ke bumi..

Walau apa jua keadaan sekalipun, Ramadhan perlu ditempuh dengan penuh kesabaran. Hari ini saya ingin berkongsi perkara yang sepatut dan yang sebaliknya dilakukan pada bulan Ramadhan. Perkara yang sepatutnya dilaksanakan dalam bulan Ramadhan ialah :-

1. Berpuasa penuh sebulan .Tapi ia terkecuali kepada wanita yang mengalami ……orang yang uzur dan perkara-perkara yang dibenarkan untuk dikecualikan.Rujuk ustaz/ustazah anda.. :)
2. Solat tarawikh penuh sebulan. Terkecuali kepada wanita yang ……………. Orang yang dikecualikan..
3. Memperbanyakkan ibadah..
4. Berjimat cermat.
5. Menguruskan badan.
6. Baca Al- Quran.

Tapi yang selalu dilakukan pula..

1. Curi-curi makan .. Lepas tu balik rumah tunjuk konon-konon puasa.. Berdosa..
2. Tidur.. Memanglah dalam bulan Ramadhan ni disunatkan puasa tapi kalau membongkang separuh hari amende ibadah yang dapat.. Nak lagi best sembahyang pun ntah ke mana. Kalau yang keje tu, pantang rehat berterabur kat surau.. Ada tu sampai mengingau tu tidur tengahari… Nasihat untuk diri sendiri ni..
3. Jaga pemandangan. Faham-fahamlah kan.. Pantang tengok perempuan/lelaki seksi sikit menjeling matanya.. Kena jaga, nanti dapat lapar je..
4. Pasar Ramadhan. Sepatutnya bulan Ramadhan dapat jimatkan wang tapi makin habis plak duit. Kalau biasa pergi kerja makan dalam RM5 tapi hari puasa belanja sampai berbelas ringgit. Apa taknya pegi pasar Ramadhan mata rambang.. Semua nak dibelinya.. Hujung bulan nak raya mencungap..
5. Pelikkan kalau masa bulan puasa tapi berat badan tetap naik-naik.

Rasanya mampu ke saya dan anda semua memperbaiki kesilapan dan kelemahan yang dilakukan pada Ramadhan yang lalu?? Harap-harap mampu menjadi lebih baik..

Selamat Tinggal Syawal 1431 Hijriah



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Masih belum terlewat rasanya untuk saya memanjatkan syukur ke hadrat Allah kerana dilimpahi dengan kekuatan untuk menempuhi dugaan Nya di bulan Ramadhan dan Syawal tahun ini. Alhamdulillah! Syukur Ya Allah..

Tiada apa yang hendak diperkatakan lagi... Semoga Allah pertemukan saya Ramadhan dan Syawal 1432 Hijriah akan datang.. Insya Allah... Akhir kata..."Selamat Hari Raya... Maaf Zahir dan Batin dari saya sekeluarga".
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Manusia Perlukan Pedoman

Sesungguhnya orang berilmu mengajak manusia kepada Allah dengan ilmunya dan akhlaknya, sedang orang kaya itu mengajak manusia ke neraka dengan harta dan sikapnya.

||JOM CHALLENGE SAYA||