Mutiara Kata

Daku adalah insan yang doif,.lemah dan tak punyai apa-apa..Bukan lah Ulama,sufi,ustaz atau pendakwah.Inilah duniaku sebagai sebagai seorang manusia biasa yang banyak berdosa padanya.Tujuan yang satu....mencari perjalanan yang sebenar-benar perjalanan kehidupan..

Daku terus mencari...
Terumbang-ambing dalam kebimbangan

Yang hilang biarlah menjadi kenangan
Biarkanlah... lepaskanlah...

Telah ku pilih jalan ini
Meski ku sendiri
Renungi erti sepi




~My life is a learning process~

Selembar bulu mata




Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah, menyia-nyiakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah. "Tidak. Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu.

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab malaikat. Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yg sedang berdiri. Di situ hanya ada dia sendirian. Makanya ia pun menyanggah, "Manakah saksi-saksi yang kau maksudkan? Di sini tidak ada siapa kecuali aku dan suaramu." "Inilah saksi-saksi itu," ujar malaikat. Tiba-tiba mata angkat bicara, "Saya yang memandangi." Disusul oleh telinga, "Saya yg mendengarkan." Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yang mencium." Bibir mengaku, "Saya yang merayu." Lidah menambah, "Saya yang mengisap." Tangan meneruskan, "Saya yang meraba dan meremas." Kaki menyusul, "Saya yang dipakai lari ketika ketahuan." "Nah kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu, ucap malaikat.

Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahannya lagi. Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dijebloskan ke dalam jahanam. Padahal, rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa itu. Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, sekonyong-konyong terdengar suara yang amat lembut dari selembar bulu matanya: "Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi." "Silakan", kata malaikat. "Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengah malam yg lengang, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji, bahwa apabila ada seorang hamba kemudian bertobat, walaupun selembar bulu matanya saja yang terbasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka


Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahwa ia telah melakukan taubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan." Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut di bebaskan dari neraka dan dihantarkan ke syurga. Sampai terdengar suara bergaung kepada para penghuni syurga:

"Lihatlah, Hamba Tuhan ini masuk syurga kerana pertolongan selembar bulu mata."

Al-HAITHAM saintis pertama merungkai rahsia imej penglihatan



SEORANG ilmuwan Islam silam yang mempunyai sumbangan luar biasa dalam kemajuan tamadun manusia pada hari ini ialah Abu Ali, Hassan ibn Hassan Ibn al-Haitham atau di Barat dikenali dengan nama Alhazen, Avennathan, dan Avenetan.

Beliau dilahirkan pada 354 Hijrah (965 Masihi) di Basrah dan meninggal dunia pada 430 Hijrah (1039 Masihi) di Kaherah pada usia 74 tahun. Beliau dikenali sebagai saintis pertama.
Jika satu daripada kajian dan penyelidikannya tidak dibukukan dalam kitabnya al-Manazir (Book of Optics) pada 1021 Masihi, tamadun dunia harus mencari orang lain agar mereka boleh menemukan mikroskop dan teleskop daripada ahli sains Barat termasuk Johannes Kepler (w 1630M) yang datang 600 tahun sesudah Ibn al-Haitham. Dalam kitab Abjad al-Ulum karangan al-Qannuji jilid 2 muka surat 519 ditulis: (Ilm al-Manazir, Ilmu Optik) adalah satu ilmu yang dengannya diketahui sebab terbalik dalam penglihatan mata dengan cara mengetahui kejadiannya yang diasaskan kepada pengetahuan penglihatan menerusi garis sinar bahagian atas yang dilakukan orang yang melihatnya, manakala bahagian bawahnya terlihat kemudian berlaku sesuatu yang terbalik sehingga nampak besar benda yang dekat dan nampak kecil benda yang jauh. Dalam perkataan lain, dengan menggunakan kaedah matematik dan moden fizik yang baik Ibn al-Haitham dapat membuat eksperimen teliti, beliau meletakkan optik pada batu asas yang kukuh. Beliau menggabungkan teori dan eksperimen dalam penyelidikannya. Dalam penyelidikan, beliau mengkaji gerakan cahaya, ciri bayang dan imej dan banyak lagi fenomena optik yang penting.

Beliau menolak teori Ptolemy dan Euclid yang mengatakan manusia melihat benda melalui pancaran cahaya yang keluar dari matanya. Menurut Ibnu Haitham, bukan mata memberikan cahaya tetapi benda yang dilihat memantulkan cahaya ke mata manusia.

Oleh kerana kehebatan Ibn al-Haitham menghuraikan optik, RL Verma dalam bukunya Al-Hazen: Father of Modern Optics, menjoloki Ibnu al-Haitham sebagai bapa optik moden. Rosanna Gorini dalam tulisannya Al-Haytham the Man of Experience, menyebut beliau pelopor metod ilmiah moden.

Kemudian dijelaskan lagi prinsip ilmu optik ini dan akhirnya al-Qannuji mengatakan: Ramai ilmuwan Greek yang menulis dalam ilmu ini dan ilmuwan Islam yang paling masyhur dalam ilmu ini ialah Ibn al-Haitham dan antara buku ringkas mengenainya ditulis Achedes, sedangkan buku yang sederhana ditulis Ali ibn Isa al-Wazir manakala yang panjang lebar ditulis Ibn al-Haitham. Beliau menulis buku ini selepas melakukan satu lakonan yang hanya beliau sendiri yang tahu sebab musababnya. Dikisahkan beliau dijemput pemerintah Dinasti Fatimiyyah, al-Hakim Amirillah ke Mesir untuk menyelesaikan masalah banjir Sungai Nil. Beliau dijemput kerana kemasyhurannya sebagai saintis ulung pada masa itu di Baghdad. Malangnya, beliau tidak boleh menyelesaikan tugas itu kerana kurang peralatan. Untuk menyelamatkan diri daripada kemurkaan al-Hakim beliau berpura-pura hilang ingatan sampai al-Hakim mangkat pada 1021 Masihi. Pada tahun itu juga buku al-Manazir selesai ditulisnya.

Ibn al-Haitham memiliki banyak karya. Beliau menulis tidak kurang 200 judul buku. Karya itu berhubung dengan ilmu fizik dan matematik, antara ilmu yang sangat dikuasainya dan hampir keseluruhan diterjemahkan ke dalam bahasa Eropah.

Beiau dibesarkan di Basrah dan Baghdad, dua kota yang menjadi pusat ilmu pengetahuan Abbasiyah pada masa itu. Di sinilah beliau memulakan pendidikan awalnya sebelum dilantik menjadi pegawai pemerintah di bandar kelahirannya. Selepas beberapa lama berkhidmat, beliau merantau ke Ahwaz dan Baghdad. Beliau melanjutkan pengajian dan menumpukan perhatian pada penulisan.

Keintelektualan Ibnu Haitham terbukti ketika menjadi pelajar dengan kecenderungan terhadap pelbagai ilmu. Beliau tidak jemu menimba ilmu sama ada agama atau ilmu matematik, fizik, astronomi, perubatan, falsafah dan mantik.

Ibn al-Haitham pernah ke Andalusia (Sepanyol), kiblat ilmu pengetahuan Eropah pada masa itu. Di sana beliau mempelajari bidang optik sehingga terkenal. Selama menetap di Mesir, Ibnu Haitham memperkukuh Universiti al-Azhar dan terus menyambung usaha ilmiahnnya dalam bidang yang cukup saintifik. Beliau turut menterjemahkan buku matematik dan falak ke bahasa Arab terutama daripada bahasa Latin.

Demikianlah Ibn al-Haitham sebagai saintis pertama dan jika Barat bersikap jujur, beliau sudah pasti disenaraikan dalam The Great Scientists.

Cara Membuat LinkWithin@"Anda Mungkin Meminati"





Hari ini saya nak share cara-cara nak buat linkWithin.

LinkWithin ? apa tu ? mungkin anda yang baru dalam dunia blogging tertanya-tanya apa itu LinkWithin . Bagi yang biasa mungkin ini kacang jer bagi dia orang. Jadi kalau anda sudah tahu apa itu LinkWithin , maka anda boleh berhenti membaca setakat ini sahaja. Bagi yang tidak tahu teruskan membaca.


LinkWithin berfungsi untuk memaparkan entry atau post anda yang berkaitan yang anda masukkan sebelum ini untuk ditunjukkan kepada pelawat blog anda. Jika anda melawat ke blog yang ada fungsi LinWithin anda akan jumpa perkataan " Anda mungkin juga meminati .." disebelah bawah setiap post atau entry yang dipaparkan.

Jika anda nak tahu macam mana mereka buat ? Mudah jer , apa yang perlu anda buat ialah :

1. Buka akaun blogger anda.
2. Pergi ke URL : http://www.linkwithin.com
3. Taipkan email blogger anda.
3. Taipkan URL blog yang anda ingin letak LinkWithin.
4. Pilih Platform : Blogger
5. Tetapkan bilangan post yang anda inginkan dipaparkan.
6. Klik kotak kecil jika mahu.
7. Klik GetWidget !
8. Klik Install widget
9. Pilih blog yang anda ingini untk letak widget tersebut.
10. Klik Add Widget
11. Preview blog anda.

selamat mencuba... =)

Gempa Bumi

Untuk Renungan

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berAKAL" - Al-Imran 190

Bencana Tahun 1500-2000:


26 Jan 1531 gempa bumi di Lisbon, Portugal, 30.000 orang tewas

26 Jan 1700 gempa di Laut Pasifik, dari Vancouver Island, Southwest Canada off British Columbia hingga Northern California, Pacific Northwest,USA. Dikenal sebagai megathrust earthquake.

26 Jul 1805 gempa bumi di Naples, Calabria, Italy, 26.000 orang tewas

26 Aug 1883 Gunung Krakatau meletus, 36.000 orang diperkirakan tewas

26 Dec 1861 gempa bumi di Egion, Yunani

26 Mar 1872 gempa bumi di Owens Valley, USA
26 Aug 1896 gempa bumi di Skeid, Land, Islandia

26 Nov 1902 gempa bumi di Bohemia, sekarang Czech Republic

26 Nov 1930 gempa bumi di Izu
26 Sep 1932 gempa bumi di Ierissos, Yunani
26 Dec 1932 gempa bumi di Kansu, Cina, 70.000 orang tewas
26 Okt 1935 gempa bumi di Colombia

26 Dec 1939 gempa bumi di Erzincan, Turki, 41.000 orang tewas
26 Nov 1943 gempa di Tosya Ladik, Turki
26 Dec 1949 gempa bumi di Imaichi, Jepun
26 Mei 1957 gempa di Bolu Abant, Turki
26 Mar 1963, gempa bumi di Wakasa Bay, Jepun

26 Jul 1963 gempa bumi di Skopje, Yugoslavia, 1.000 orang tewas
26 Mei 1964 gempa bumi di S. Sandwich Island

26 Jul 1967 gempa bumi di Pulumur, Turki

26 Sep 1970 gempa bumi di Bahia Solano, Colombia
26 Jul 1971 gempa bumi di Solomon Island
26 Apr 1972 gempa bumi di Ezine, Turki

26 Mei 1975 gempa bumi di N. Atlantic

26 Mar 1977 gempa bumi di Palu, Turki
26 Dec 1979 gempa bumi di Carlisle, Inggris

26 Apr 1981 gempa bumi di Westmorland, USA

26 Mei 1983 gempa bumi di Nihonkai, Chubu, Jepun

26 Jan 1985 gempa bumi di Mendoza, Argentina

26 Jan 1986 gempa bumi di Tres Pinos, USA
26 Apr 1992 gempa bumi di Cape Mendocino, California, USA

26 Okt 1997 gempa bumi di Italia


Tahun 2000 - kini
Tsunami di Aceh tanggal
26 Desember'04, Gempa Jogja
26 Mei 2006, Tasik gempa
26 Jun 2010, Tsunami Mentawai
26 Oktober 2010, Merapi Meletus

Ada apa dengan 26.? Ternyata..dalam al-quran, surah yang ke 26
surah asy-syu'ara yang didalamnya pngertian tentang azab Allah... Subhanallah



Terjemahan surah asy-syu'ara ayat 201-227

201. Mereka tidak beriman kepadanya, hingga mereka melihat 'azab yang pedih,
202. maka datanglah 'azab kepada mereka dengan mendadak, sedang mereka tidak menyedarinya,
203. lalu mereka berkata: "Apakah kami dapat diberi tangguh?"
204. Maka apakah mereka meminta supaya disegerakan azab Kami?
205. Maka bagaimana pendapatmu jika Kami berikan kepada mereka kenikmatan hidup bertahun-tahun,

206. Kemudian datang kepada mereka azab yang telah diancamkan kepada mereka,

207. niscaya tidak berguna bagi mereka apa yang mereka selalu menikmatinya.

208. Dan Kami tidak membinasakan sesuatu negeripun, melainkan sesudah ada baginya orang-orang yang memberi peringatan;
209. untuk menjadi peringatan. Dan Kami sekali-kali tidak berlaku zalim.

210. Dan Al Quran itu bukanlah dibawa turun oleh syaitan- syaitan.

211. Dan tidaklah patut mereka membawa turun AL Quran itu, dan merekapun tidak akan kuasa.

212. Sesungguhnya mereka benar-benar dijauhkan daripada mendengar Al Quran itu.
213. Maka janganlah kamu menyeru (menyembah) tuhan yang lain di samping Allah, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang di'azab.
214. Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat

215. dan rendahkanlah dirimu terhadap orang-orang yang mengikutimu, yaitu orang-orang yang beriman.
216. Jika mereka mendurhakaimu maka katakanlah: "Sesungguhnya aku tidak bertanggung jawab terhadap apa yang kamu kerjakan";
217. Dan bertawakkallah kepada (Allah) Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang,
218. Yang melihat kamu ketika kamu berdiri (untuk sembahyang),
219. dan (melihat pula) perobahan gerak badanmu di antara orang-orang yang sujud.
220. Sesungguhnya Dia adalah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
221. Apakah akan Aku beritakan kepadamu, kepada siapa syaitan- syaitan itu turun?
222. Mereka turun kepada tiap-tiap pendusta lagi yang banyak dosa,
223. mereka menghadapkan pendengaran (kepada syaitan) itu, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang pendusta.
224. Dan penyair-penyair itu diikuti oleh orang-orang yang sesat.
225. Tidakkah kamu melihat bahwasanya mereka mengembara di tiap- tiap lembah

226. dan bahwasanya mereka suka mengatakan apa yang mereka sendiri tidak mengerjakan(nya)?
227. kecuali orang-orang (penyair-penyair) yang beriman dan beramal saleh dan banyak menyebut Allah dan mendapat kemenangan sesudah menderita kezaliman. Dan orang-orang yang zalim itu kelak akan mengetahui ke tempat mana mereka akan kembali.

Sejarah hari-hari tertentu

Allah menjadikan masa dalam seminggu tu ada 7 hari iaitu Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad. Dalam setiap hari tu, ada peristiwa-peristiwa penting yang tercatat dalam diari Islam itu sendiri yang menjadi memori sepanjang zaman.



Hari Isnin
1. Naiknya Nabi Idris ke langit.
2. Nabi Musa a.s berangkat ke bukit Thursina.
3. Rasulullah s.a.w dilahirkan.
4. Malaikat Jibril turun kepada Rasulullah s.a.w buat kali pertama.
5. Amal perbuatan umat Nabi Muhamad dilapurkan pada hari Isnin.
6. Hari wafatnya Junjungan mulia, Nabi Muhamad s.a.w.
7. Bukti keesaan Allah, diturunkan "Qul huwallahu ahad"

Hari Selasa
1. Wafatnya Jurjis.
2. Nabi Yahya a.s wafat pada hari ini.
3. Nabi Zakaria wafat pada hari ini juga.
4. Tukang sihir Firaun tewas dengan mukjizat Nabi Musa.
5. Asiah iaitu isteri kepada Firaun wafat pada hari ni.
6. Habil terbunuh hari selasa.

Hari Rabu
1. Allah menenggelamkan Qarun bersama keluarga dan harta kekayaanya ke dalam perut bumi. 2. Allah menghancurkan Firaun beserta semua pengikut2nya.
3. Allah menghancurkan Raja Namruz bin Kan'an dengan memasukkan serangga ke dalam telinganya.
4. Allah menghancurkan kaum Nabi Saleh a.s.
5. Allah menghancurkan kaum Nabi Hud a.s dengan hembusan angin yang kuat.

Hari Khamis
1. Nabi Ibrahim bertemu dengan Raja Mesir.
2. Saudara-saudara Nabi Yusof berjumpa dengan Nabi Yusof setelah mereka membuang dan mengasingkannya (masa ni, Yusof jadi raja mesir yang terkenal).
3. Bunyamin iaitu saudara kecil Nabi Yusof datang ke Mesir dan berjumpa dengan Nabi Yusof.
4. Nabi Yaakub datang ke negeri Mesir juga untuk bertemu anakandanya yang dirindui.
5. Nabi Musa a.s memasuki Mesir pada hari khamis untuk mengajak Firaun menyembah kepada Allah.
6. Rasululllah s.a.w memasuki Kota Mekah selepas perjanjian hudaibiyah.

Hari Jumaat
1. Pernikahan antara Nabi Adam dan Hawa.
2. Pernikahan antara Nabi Yusof dengan Zulaikha.
3. Pernikahan antara Nabi Musa a.s dan Shafura binti Nabi Syuaib a.s.
4. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan Khadijah Khuwailid.
5. Pernikahan antara Nabi Sulaiman a.s dengan Ratu Balqis dari negeri Saba'.
6. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar.
7. Pernikahan antara Ali bin Abi Talib r.a dengan Fatimah Az-Zahra.

Hari Sabtu
Hari ni pernah disebut oleh Rasulullah sebagai hari tipu daya kerana:
1. Kaum Nabi Nuh membangkang kepada Nabinya.
2. Kaum Nabi Saleh mencabar Nabinya dengan menyembelih unta yang diamanahkan kepada mereka.
3. Saudara-saudara Nabi Yusof mengkhianati Nabi Yusof dengan mencampakkannya ke dalam perigi di padang pasir.
4. Raja Firaun mencabar Nabi Musa.
5. Orang2 Yahudi mengkhianati dan mengejar Nabi Isa a.s untuk membunuhnya. Lalu, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit.
6. Orang2 Quraisy menipu dan mencabar Nabi Muhammad di Darun Nadwah.
7. Kaum Yahudi melanggar perintah Allah dengan menangkap ikan walaupun hari itu di larang mereka berbuat demikian.

Hari Ahad
1. Allah menjadikan neraka.
2. Allah mencipta bumi yang tujuh lapis.
3. Allah mencipta langit yang tujuh lapis.
4. Allah menjadikan 7 anggota adam.
5. Allah menjadikan bilangan hari yang tujuh.
6. Allah menjadikan bintang2 yang beredar.
7. Allah menjadikan lautan yang tujuh.

Diantara hari-hari yang tujuh itu, hari Jumaatlah yang paling mulia dan digelar penghulu bagi segala hari. Banyak fadhilat yang boleh kita perolehi pada hari Jumaat.

Begitulah peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada sekian-sekian hari. Hanya dengan mengimbas kembali lipatan sirah nabawiyah, barulah kita dapat gambaran sepenuhnya. Alangkah baiknya kalau kita berada di bumi anbiya. Bolehlah kita menuruti sejarah-sejarah silam, zaman pemerintahan nabi-nabi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Manusia Perlukan Pedoman

Sesungguhnya orang berilmu mengajak manusia kepada Allah dengan ilmunya dan akhlaknya, sedang orang kaya itu mengajak manusia ke neraka dengan harta dan sikapnya.

||JOM CHALLENGE SAYA||