Mutiara Kata
Daku terus mencari...
Terumbang-ambing dalam kebimbangan
Yang hilang biarlah menjadi kenangan
Biarkanlah... lepaskanlah...
Telah ku pilih jalan ini
Meski ku sendiri
Renungi erti sepi
~My life is a learning process~
Sejarah hari-hari tertentu
Hari Isnin
1. Naiknya Nabi Idris ke langit.
2. Nabi Musa a.s berangkat ke bukit Thursina.
3. Rasulullah s.a.w dilahirkan.
4. Malaikat Jibril turun kepada Rasulullah s.a.w buat kali pertama.
5. Amal perbuatan umat Nabi Muhamad dilapurkan pada hari Isnin.
6. Hari wafatnya Junjungan mulia, Nabi Muhamad s.a.w.
7. Bukti keesaan Allah, diturunkan "Qul huwallahu ahad"
Hari Selasa
1. Wafatnya Jurjis.
2. Nabi Yahya a.s wafat pada hari ini.
3. Nabi Zakaria wafat pada hari ini juga.
4. Tukang sihir Firaun tewas dengan mukjizat Nabi Musa.
5. Asiah iaitu isteri kepada Firaun wafat pada hari ni.
6. Habil terbunuh hari selasa.
Hari Rabu
1. Allah menenggelamkan Qarun bersama keluarga dan harta kekayaanya ke dalam perut bumi. 2. Allah menghancurkan Firaun beserta semua pengikut2nya.
3. Allah menghancurkan Raja Namruz bin Kan'an dengan memasukkan serangga ke dalam telinganya.
4. Allah menghancurkan kaum Nabi Saleh a.s.
5. Allah menghancurkan kaum Nabi Hud a.s dengan hembusan angin yang kuat.
Hari Khamis
1. Nabi Ibrahim bertemu dengan Raja Mesir.
2. Saudara-saudara Nabi Yusof berjumpa dengan Nabi Yusof setelah mereka membuang dan mengasingkannya (masa ni, Yusof jadi raja mesir yang terkenal).
3. Bunyamin iaitu saudara kecil Nabi Yusof datang ke Mesir dan berjumpa dengan Nabi Yusof.
4. Nabi Yaakub datang ke negeri Mesir juga untuk bertemu anakandanya yang dirindui.
5. Nabi Musa a.s memasuki Mesir pada hari khamis untuk mengajak Firaun menyembah kepada Allah.
6. Rasululllah s.a.w memasuki Kota Mekah selepas perjanjian hudaibiyah.
Hari Jumaat
1. Pernikahan antara Nabi Adam dan Hawa.
2. Pernikahan antara Nabi Yusof dengan Zulaikha.
3. Pernikahan antara Nabi Musa a.s dan Shafura binti Nabi Syuaib a.s.
4. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan Khadijah Khuwailid.
5. Pernikahan antara Nabi Sulaiman a.s dengan Ratu Balqis dari negeri Saba'.
6. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar.
7. Pernikahan antara Ali bin Abi Talib r.a dengan Fatimah Az-Zahra.
Hari Sabtu
Hari ni pernah disebut oleh Rasulullah sebagai hari tipu daya kerana:
1. Kaum Nabi Nuh membangkang kepada Nabinya.
2. Kaum Nabi Saleh mencabar Nabinya dengan menyembelih unta yang diamanahkan kepada mereka.
3. Saudara-saudara Nabi Yusof mengkhianati Nabi Yusof dengan mencampakkannya ke dalam perigi di padang pasir.
4. Raja Firaun mencabar Nabi Musa.
5. Orang2 Yahudi mengkhianati dan mengejar Nabi Isa a.s untuk membunuhnya. Lalu, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit.
6. Orang2 Quraisy menipu dan mencabar Nabi Muhammad di Darun Nadwah.
7. Kaum Yahudi melanggar perintah Allah dengan menangkap ikan walaupun hari itu di larang mereka berbuat demikian.
Hari Ahad
1. Allah menjadikan neraka.
2. Allah mencipta bumi yang tujuh lapis.
3. Allah mencipta langit yang tujuh lapis.
4. Allah menjadikan 7 anggota adam.
5. Allah menjadikan bilangan hari yang tujuh.
6. Allah menjadikan bintang2 yang beredar.
7. Allah menjadikan lautan yang tujuh.
Diantara hari-hari yang tujuh itu, hari Jumaatlah yang paling mulia dan digelar penghulu bagi segala hari. Banyak fadhilat yang boleh kita perolehi pada hari Jumaat.
Begitulah peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada sekian-sekian hari. Hanya dengan mengimbas kembali lipatan sirah nabawiyah, barulah kita dapat gambaran sepenuhnya. Alangkah baiknya kalau kita berada di bumi anbiya. Bolehlah kita menuruti sejarah-sejarah silam, zaman pemerintahan nabi-nabi.
Manusia Perlukan Pedoman
||JOM CHALLENGE SAYA||
FOLLOWERS
|| ANDA PERLU TAHU ||
Jika anda seorang peminat sukan, ini bukanlah blog yang tepat untuk dibaca. Jika anda peminat isu-isu politik, ini bukanlah blog yang tepat juga untuk dibaca. Blog ini sekadar perkongsian isi hati dan pengalaman hidup saya. Sungguh, insan yang pintar adalah insan yang mengambil pengajaran dari pengalamannya yang terdahulu, namun insan yang lebih pintar adalah insan yang mengambil iktibar dari kisah/pengalaman orang lain. Selamat membaca.=)
About Me
- TAK KENAL MAKA TAK CINTA
- "Menulis dengan hati. Menulis hanya untuk Illahi. Menulis bukan sekadar memberi. Tapi menulis untuk meningkatkan diri""...Lintasan hati kadang-kadang datang daripada Allah, kekadang datang daripada syaitan, kekadang datang dari bisikan nafsu. Sekadar meluah rasa, melepas hasrat, melerai ragu. Andai sepi coretan ini, kesepianlah yang sedang bersarang di jiwa.Andai riang coretan ini, kerianganlah yang sedang bertakhta dihati.Menulis bukan kerana nama tetapi mencatatkan perjalanan waktu kehidupan. Warna warni kehidupan yang adakalanya ceria, adakalanya suram. Namun, ketetapan yang telah ditentukan olehNya itu lah yang terbaik buat kita sebagai hamba. Berusaha membaiki diri dan mengajak orang lain turut sama perbaiki diri. Muhasabah diri merupakan suatu amalan harian bagi seorang daie. Berfikir menjadi hobi sebagai manusia biasa. Hamba yang hina, tegurlah sekiranya ada perkara yang salah dan perlu diperbaiki.
||BUAT PEMBACA BUDIMAN||
Segala coretan di blog ini adalah pendapat persendirian penulis melainkan artikel pilihan dan lirik-lirik lagu yang dipaparkan. Semoga paparan di blog ini dapat memberikan manfaat kepada anda. Segala kebaikan datang dari Allah,kelemahan itu datangnya dari penulis sendiri.Hakikatnya kedua-duanya datang dari Allah,tetapi disandarkan pada diri penulis untuk membezakan Pencipta dan makhluk ciptaanNya. Komen anda amat dihargai dan dialu-alukan. =)
|| Labels ||
- AKHIRAT (1)
- Ancaman (1)
- Artikel (1)
- Luahan Hati (1)
- Perasaan (1)
- Sejarah (1)
- SYURGA (1)
- TOKOH ISLAM (1)
- Tutorial (1)
- Umnum (1)
Matlamat Sebuah Kehidupan
قُلْ إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Yang Bermaksud : “Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.” (Al-An’am : 162)
0 comments:
Post a Comment